Kuching – Bersempena
dengan Sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2015, Pustaka
Negeri Sarawak akan mengadakan sambutan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
pada hari Khamis, 23 April 2015 di Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Program Jom
Baca Bersama Untuk 10 Minit ini merupakan program kali ke-2
diadakan di seluruh Malaysia. Program ini telah bermula dari tahun 2014 dan ianya
merupakan salah satu usaha untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap
budaya membaca melalui aktiviti membaca bersama-sama secara serentak walaupun
hanya selama 10 minit.
Pada tahun lepas yang serupa telah diadakan julung
kalinya dan dengan jayanya melalui kerjasama dan penglibatan dari semua ahli-ahli
Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM),
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Perpustakaan
Negara Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, jabatan-jabatan dan agensi-agensi
kerajaan dan bukan badan kerajaan, sekolah,
universiti, sektor swasta dan masyarakat awam.
Bagi tahun 2014, seramai 2.5 juta rakyat Malaysia telah
turut serta dalam acara yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia.
Pada tahun ini,
kesemua perpustakaan awam negeri akan sekali lagi menganjurkan dan turut serta melaksanakannya
secara serentak pada hari Khamis, 23 April 2015 pada jam 10.00 hingga 10.10
pagi.
Pada hari tersebut semua
peserta tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan
akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara
serentak.
Sebagai
tanda sokongan terhadap program ini, orang awam adalah digalakkan
untuk menghantar gambar membaca dengan menaip #lanbaca2015 di laman sosial
Facebook, Twitter ataupun Instagram masing-masing.
Untuk
keterangan lanjut, hubungi Muhamad Ali Abdul Wahab atau Razak Rambili di talian
082-442000 samb. 342/348 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my /
razakr@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak www.pustaka-sarawak.com
atau Facebook: pustaka.sarawak / Twitter : pustakaswk.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025