Kuching - Sebuah Bengkel Sejarah
Keluarga akan diadakan di Pustaka pada 27 – 28 Mei 2015.
Bengkel ini berfokus untuk mereka yang mempunyai minat dalam sejarah
keluarga dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai generasi sebelum
mereka termasuk saudara-mara dengan menghasilkan susun galur keturunan sesebuah
keluarga.
Mengenalpasti salasilah keturunan sebuah keluarga serta panduan dan
pendedahan kepada peserta dalam mencari dan mengesan salasilah keturunan
merupakan diantara objektif bengkel ini.
Dr. Mohd. Bin Samsudin dan Dr. Suffian Mansor dari Fakulti Sains Sosial
dari Universiti Malaysia Sarawak dan Dr. Azharudin bin Mohamed Dali dari
Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya merupakan diantara penceramah
bengkel ini nanti.
Kemasukan adalah percuma manakala penyertaan adalah terhad kepada 40 orang
sahaja. Borang penyertaan boleh didapati dari laman
web: www.pustaka-sarawak.com. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Mei
2015.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor-Asemah Drahman
atau Rina Rimong di talian 082-440488 atau emel norad@sarawak.gov.my / rinar@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026