Kuching - Seminar Kesedaran
Penyerahan Bahan-bahan Terbitan akan diadakan di Pustaka pada 17 Jun 2015.
Seminar ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan peserta tentang
perlunya terbitan negeri disimpan dan dipelihara sebagai warisan intelek bangsa
dan memahami dengan lebih jelas tentang kepentingan dan faedah perlindungan
hakcipta bahan kepada penulis dan penerbit.
Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi penerangan dan kefahaman
tentang keperluan, faedah dan juga peranan Pustaka sebagai Pusat Penyerahan
Negeri di bawah Seksyen 15 dan implikasi di bawah Seksyen 19, Sarawak State Library Ordinance 1999.
Pembentangan kertas kerja akan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari
Kementerian Dalam Negeri Cawangan Sarawak, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perpustakaan
Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga dari Pustaka.
Golongan sasaran untuk menyertai seminar adalah guru-guru dan pelajar yang
terlibat dalam sidang redaksi sekolah/majalah di semua sekolah-sekolah menengah
di sekitar Kuching.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jassalini Jamain / Shafinaz Afidia /
Hayati Sabil di Repositori Rekod Negeri
di talian 082-440488 atau emel jassalij@sarawak.gov.my/shafiaaa@sarawak.gov.my/hayatis2@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026