Kuching
- Terbeban dengan sara hidup
tinggi? Ingin tahu mengatasinya? Sertai Program Ceramah Kesedaran Pengguna
anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang bertajuk ‘Menangani Kos Sara Hidup Tinggi’
pada 11 Jun ini. Ceramah ini akan diadakan bermula 8.00 pagi bertempat di
Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Program
ceramah ini adalah kerjasama Pustaka Negeri Sarawak dengan Persatuan Ekonomi
Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK
).
Prof.Dr. Laily Paim dan
Prof.Madya Dr.Mohd Fazli Sabri dari Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga
Malaysia (MACFEA) merupakan penceramah jemputan untuk sesi ceramah ini.
Tujuan ceramah ini diadakan
adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kos sara hidup dan usaha
menangani peningkatan kos sara hidup dan meningkatkan
kefahaman tentang gaya hidup pengguna dan memupuk budaya penggunaan lestari.
Kemasukan ke ceramah adalah percuma dan terbuka
kepada semua. Hubungi Muhamad Ali Abdul
Wahab di talian 082 - 442000 samb 336 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my
untuk pertanyaan lanjut.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026