Kuching Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur akan mengadakan Bengkel Perfileman bersama Bird Runningwater pada 9 Oktober 2015 di Bilik Seminar 1 & 2, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 9:00 pagi 11:00 pagi.
Ceramah ini akan disampaikan oleh Bird Runningwater, seorang Pengarah dari Native American and Indigenous Programs, Sundance Institute. Beliau adalah seorang masyarakat asli peribumi Cheyenne dan Mescalero Apache dan telah dibesarkan di Tanah Rizab Mescalero Apache di New Mexico, Amerika. Sebagai pengaturcara Native Initiative di Sundance Institute, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dalam membantu pembikin filem masysarakat asli sehingga mendapat perhatian dunia.
Bengkel ini mensasarkan golongan pelajar dari kolej dan universiti di sekitar bandar Kuching. Kemasukan adalah percuma namun terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai ceramah ini sila hubungi Henry Leo Lee Kuang di talian 082-442000 samb 330 atau emel henryllk@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak: www.pustaka-sarawak.com atau Facebook: pustaka.sarawak, Twitter: pustakaswk dan Instagram : pustakaswk
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025