EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Mari ikut serta dalam keseronokan di Program Pustaka - Bookaroo in The City 2016

Ditulis pada 18 March 2016

Kuching – Bersempena dengan edisi
kedua Pustaka – Bookaroo Children’s Literature Festival, Pustaka Negeri
Sarawak dengan bangganya mengumumkan Program Pustaka-Bookaroo in The City 2016. Ia merupakan program di mana penulis kanak-kanak,
para ilustrator, penyair dan pencerita melawat sekolah dan
organisasi-organisasi di seluruh Bandaraya Kuching untuk menyebarkan keseronokan
membaca yang berjalan sepanjang tahun.


 



Program Pustaka - Bookaroo in The City yang pertama
telah diadakan di The Lounge, The Spring pada 13 dan 14 Mac 2016 oleh Cikgu
Froggy yang telah diterbangkan dari Selangor untuk acara ‘Family Storytelling
by Teacher Froggy’s’. Program yang berlangsung selama dua hari itu telah
menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang awam terutamanya para ibu
bapa dan anak-anak mereka.



 



Sesi
yang sama akan diadakan bersama seorang pencerita, Cik Grace Jie Jie di
ChinaHouse di The Old Court House, Kuching Sabtu ini, 19 Mac 2016 dari pukul
3pm – 4pm. Sesi ini adalah dalam Bahasa Inggeris dan terbuka kepada kanak-kanak
yang berumur dari 5-9 tahun. Peserta adalah terhad kepada 50 orang. Masuk
adalah percuma!



 



Untuk
pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Melinda Siew di 012-3092621 atau
Razak Rambili di 082-442000 ext 348 / 019-8873771 atau email
razakr@sarawak.gov.my.