KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan aktiviti ’Gardening Day’ di kawasan landskap bangunan Repositori Rekod Negeri, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching bermula 7 pagi pada 4 April.
Program itu akan menyaksikan beberapa
aktiviti seperti penanaman semula pokok, mencantas pokok dan membersihkan
persekitaran kawasan dalam dan luar pagar bangunan Repositori Rekod Negeri.
Turut diadakan, Bengkel Penghasilan Baja Kompos yang akan dikendalikan oleh
Lembaga
Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak ( NREB ) dan beberapa wakil penduduk
Kampung Bako
yang telah mahir menghasilkan sendiri baja kompos. Bengkel terbuka kepada orang
ramai secara percuma.
Syarikat kitar semula dan penduduk sekitar turut dijemput menjayakan majlis tersebut.
Program itu dijangka akan dihadiri Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar
(Dr.) Haji Hamid Bugo.
Untuk keterangan lanjut, hubungi Norasfia Zainal dan Mohamad Abdullah Hamdan di talian 082- 440488 samb 15 atau
emel norasfiz@sarawak.gov.my
/ mohamah7@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026