EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kunjungi Pameran 1001 Inventions - Discover the Golden Age of Muslim Civilization di Pustaka Negeri Sarawak

Ditulis pada 03 April 2016

KUCHING - Kunjungi Pameran 1001 Inventions - Discover the Golden Age of Muslim Civilization sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2016. 

Pameran ini akan diadakan bermula hari ini sehingga 30 April 2016 bertempat di Ruang Rujukan, Aras 1, Pustaka dan dibuka setiap hari bermula jam 11:00 pagi -7:00 malam, tutup pada Cuti Umum.

Pameran memaparkan sejarah Tamadun Muslim yang bermula dari Sepanyol hingga ke China. Bermula dari abad ke-7, para cendekiawan lelaki dan wanita dari pelbagai latarbelakang dan budaya telah membina ilmu dari tamadun purba, dan telah menemui pelbagai ciptaan yang mempunyai kesan di dunia kita masa kini.

Pameran 1001 Inventions membawa kita kepada kehidupan para cendekiawan lelaki dan wanita dari sejarah sains, yang telah mengecapi pelbagai pencapaian dan mempunyai pengaruh besar yang tidak diketahui. Para cendekiawan ini menjadi inspirasi untuk golongan muda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Kemasukan ke pameran adalah percuma. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pustakawan kami, Edison Ricket atau Ong Soon Foong di 082-449126 atau emel edisonr@sarawak.gov.my / ongsf@sarawak.gov.my.