EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah Sarawakiana: Pendudukan Jepun Dalam Sarawak-Perspektif Tempatan, 8 Apr

Ditulis pada 05 April 2016

KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Ceramah Sarawakiana: Pendudukan Jepun Dalam Sarawak - Perspektif Tempatan pada 8 April ini bermula jam 2:30 petang di Bilik Koleksi Khas, Aras I, Pustaka Negeri Sarawak.

Ceramah tersebut adalah mengenai pendudukan tentera Jepun di bumi Sarawak yang aman pada 1941 hingga 1945. Dalam tempoh hampir 4 tahun pemerintahan kejam tentera Jepun di negara-negara Asia, dianggarkan lebih 10 juta orang telah terkorban, mengalami keadaan yang paling dahsyat atau dipindahkan dan Sarawak tidak terkecuali.
 
Ceramah tersebut dibahagikan kepada peristiwa sebelum perang, semasa perang dan selepas perang. Topik tersebut bakal meliputi keadaan politik dan ekonomi di Jepun dan Sarawak, peristiwa di Jepun yang membawa kepada peperangan, serangan ke atas Pearl Harbor diikuti serangan-serangan Asia Tenggara dan Sarawak, pembebasan Sarawak, penyerahan Jepun dan Pentadbiran Tentera Australia.
 
Objektif ceramah antara lain adalah untuk memperingati sejarah Sarawak dan perspektif tempatan  terhadap  pendudukan Jepun pada masa itu.

Selain itu, ia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan  sejarah  Sarawak terutama kepada generasi muda.

Juga untuk menggalakkan semangat patriotik dan keamanan di kalangan orang  awam  terutama golongan yang lebih muda serta menggalakkan bacaan, penulisan dan penyelidikan mengenai sejarah Sarawak.

Penceramah untuk program tersebut ialah Edward Lakin Mansel yang merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau kini adalah seorang pemandu pelancong taman negara di Sarawak.
 
Penyertaan adalah terbuka kepada orang awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rozana Octovia Raymond Umpu di talian 082-440488 samb. 19 atau emel rozanoru@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak: www.pustaka-sarawak.com atau Facebook: pustaka.sarawak, Twitter dan Instagram : pustakaswk.