EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak adakan Bengkel Biblioterapi dan Ceramah Do You Have the Blood of A Hero

Ditulis pada 06 April 2016

KUCHING – Bengkel Biblioterapi dan Kanak-Kanak akan diadakan pada 12 – 13 April 2016 ( Selasa – Rabu ) di Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 8.30 pagi – 4.30 petang.


Bengkel ini akan dikendalikan oleh Puan Rafidah Abdul Aziz, Pensyarah Kanan, 
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam. 

Tujuan bengkel ini ialah untuk memperkenalkan kaedah biblioterapi sebagai kaedah intervensi untuk menyelesaikan masalah dan kesukaran menangani gangguan tingkah laku di kalangan  kanak-kanak dengan menggunakan bahan-bahan kesusasteraan kanak-kanak yang sesuai yang terdapat di perpustakaan.

Biblioterapi di kalangan kanak-kanak mungkin masih dianggap baru di Malaysia tetapi bukan lagi suatu yang asing di Negara Barat. 

Oleh itu, amatlah penting sesebuah perpustakaan dan pustakawan bersama membantu dalam memulihkan jiwa kanak-kanak ini agar kita dapat membantu melahirkan generasi yang berdaya saing, sihat dan sentiasa percaya setiap manusia mempunyai peluang untuk maju ke hadapan.

Perpustakaan akan bertindak sebagai farmasi buku manakala pustakawan sebagai ahli farmasi yang akan mencadangkan tajuk-tajuk buku yang sesuai digunakan dalam sesi bengkel ini.

Manakala pada Jumaat, 15 April 2016, jam 2.30 petang orang awam dijemput hadir ke Ceramah ‘Do You Have the Blood of A Hero’ oleh Dr. Mohammad Masrin bin Md Zahrin di Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Penyertaan dan kemasukan ke ceramah dan bengkel ini adalah percuma. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Norassima Sitam atau Muhamad Ali Abdul Wahab di talian 082-442000 samb. 341 / 336 atau emel norassis@sarawak.gov.my / muhamaaw@sarawak.gov.my .