EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak anjur Ceramah Kesihatan Do You Have The Blood of A Hero

Ditulis pada 10 April 2016

KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Ceramah Kesihatan bertajuk Do You Have The Blood of A Hero pada Jumaat, 15 April 2016, jam 2.30 petang di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.


Ceramah akan disampaikan oleh pakar kesihatan, Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin dari Pusat Darah Kuala Lumpur , Bahagian Perkhidmatan Pemindahan Darah.

Ceramah ini adalah untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara sukarela selain menyediakan bekalan darah yang mencukupi dan berterusan kepada pesakit yang memerlukan selain mengetahui tips-tips dalam menderma darah.

Orang awam dialu-alukan untuk ke ceramah ini. Kemasukan adalah percuma.

Anda yang berminat untuk menghadiri ceramah ini bolehlah menghubungi Muhamad Ali Abdul Wahab di 082-442000 samb. 336 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my.