EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pameran Do You Have the Blood of a Hero? di Pustaka Negeri Sarawak

Ditulis pada 13 April 2016

KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak dan Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak mengalu-alukan warga Kuching yang murah hati untuk mengunjungi pameran yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak sepanjang bulan ini. 


Do You Have the Blood of a Hero? merupakan tema pameran kami pada bulan ini.

Pameran ini diharap dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menderma darah secara sukarela dan secara teratur di kalangan masyarakat. 

Selain itu pameran ini juga bertujuan untuk menyediakan bekalan darah yang mencukupi dan berterusan kepada pesakit yang memerlukan.

Bersempena dengan pameran ini, kami juga akan mengadakan ceramah yang akan disampaikan oleh tetamu khas, perubatan Transfusion dan pakar tabung bank darah, Dr Mohammad Masrin Bin Md Zahrin.

Ceramah tersebut akan diadakan pada 15 April 2016 (Jumaat), pada jam 2:30 petang -5:00 petang di Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang penderma dan bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan lupa untuk datang ke kempen derma darah yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak pada 23 April 2016 ( Sabtu ), 10:00 pagi - 3:00 petang dan 26 April 2016 ( Selasa ), 9:00 pagi - 3:00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Edison Ricket (082-449126) atau Muhamad Ali Abdul Wahab (082-442000 samb. 336) atau emel librarian@sarawak.gov.my.