EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Festival Sastera Kanak-Kanak Pustaka-Bookaroo 2016 kini kembali

Ditulis pada 16 April 2016

KUCHING – Seramai 24 orang penulis, ilustrator, penyair dan pencerita dari 5 buah negara akan datang ke Kuching, Sarawak untuk mengadakan 56 sesi untuk meraikan sambutan edisi kedua Festival Sastera Kanak-Kanak Pustaka-Bookaroo 2016.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan bangganya mengumumkan edisi kedua Festival Sastera Kanak-Kanak Pustaka-Bookaroo 2016 yang akan diadakan pada 16 dan 17 April 2016 bermula jam 11:00 pagi hingga 4:30 petang di Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama oleh Bookaroo Trust, New Delhi, India.

Festival ini bertujuan meraikan kegembiraan membaca di kalangan kanak-kanak yang yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun. Misi Bookaroo adalah untuk membawa kanak – kanak dan buku bersama-sama dalam dunia tanpa sempadan. 

Festival Sastera Kanak-kanak Pustaka-Bookaroo 2016 memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertemu dan berinteraksi secara dekat dengan penulis, ilustrator, pencerita dan penyair tersohor tempatan dan luar negara semuanya di satu tempat.

Kanak-kanak boleh menikmati bengkel kraf, ilustrasi sesi bercerita, berpuisi dan banyak lagi. Ibu bapa dan kanak-kanak juga berpeluang untuk membeli buku-buku dari penulis kegemaran mereka dan mendapatkan buku-buku yang telah ditandatangani oleh mereka. Terdapat gerai makanan dan minuman juga diadakan pada hari tersebut.

Festival ini terbuka kepada semua, masuk adalah percuma dan tiada pra-pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Japri Bujang Masli atau Razak Rambili di 082-  442000 samb. 103/348 atau e-mel japribm @ sarawak.gov.my / razakr @  sarawak.gov.my