EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kunjungi Pameran `Sekolahku di Hatiku` di Pustaka Negeri Sarawak

Ditulis pada 15 April 2016

KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak sedang mengadakan pameran penerbitan sekolah yang bertemakan `Sekolahku di Hatiku` bermula hari ini sehingga 30 April 2016 bertempat di Anjung Budi, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. 

Pameran ini mensasarkan penglibatan dan penyertaan daripada semua sekolah-sekolah menengah di Sarawak dalam menyerahkan seberapa banyak terbitan sekolah lama dan baru kepada Pustaka Negeri Sarawak seperti yang telah ditetapkan di bawah keperluan `Seksyen 15, Sarawak State Library Ordinance, 1999`.

Hasil daripada kerjasama tersebut guru-guru dan pelajar-pelajar juga turut terlibat  di dalam aktiviti yang telah dan bakal dianjurkan seperti bengkel penerbitan majalah sekolah, lawatan ke tapak pameran dan perkongsian gambar-gambar yang menarik daripada sekolah masing-masing.

Pameran ini bertujuan untuk memastikan agar khazanah penulisan di negeri Sarawak terus dijaga dan dipelihara selain meningkatkan kesedaran pentingnya penyerahan bahan-bahan terbitan bagi tujuan rujukan kini dan tatapan generasi akan datang.

Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang penulisan dan penerbitan bermula di bangku sekolah. 

Pameran ini diharap dapat membantu dalam memperbanyakkan koleksi bahan terbitan sekolah di Pustaka Negeri Sarawak dan seterusnya dapat mencetuskan perkongsian maklumat antara sekolah-sekolah secara global. 

Pameran dibuka untuk kunjungan orang awam bermula 8.30 pagi – 4.30 petang setiap hari dan tutup pada Cuti Umum. Kemasukan adalah percuma.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Jassalini Jamain, Rozana Octovia atau Shafinaz Afidia di di talian 082-440488 samb 22/19/33 atau emel jassalij@sarawak.gov.my/ rozanoru@sarawak.gov.my/ shafiaaa@sarawak.gov.my ( Repositori Rekod Negeri ). 
atau layari www.pustaka-sarawak.com atau Facebook : pustaka.sarawak, Twitter dan Instagram: pustakaswk.