Kuching– Pustaka Negeri Sarawak
telah mengadakan Ceramah Lincoln Corner: ”Climate Change And Indigenous People:
A Filmmakers” pada Rabu, 13 Julai 2016 pada jam 2:30 petang hingga 4:00 petang,
bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Aras I, Pustaka Negeri Sarawak.
Objektif
ceramah tersebut adalah untuk memberi tumpuan kepada isu perubahan iklim dan
kesannya kepada kaum asli pribumi dimana pada tahun 2016, laporan PBB telah
menyatakan bahawa kerosakan akibat pencemaran udara dan air, kekurangan air dan
perubahan iklim semakin meningkat dengan ketara dan bagaimana kesan perubahan
tersebut kepada kaum asal pribumi.Penceramah pada hari tersebut adalah
merupakan Mr. Lawrence Johnson seorangm pembikin filem dari Amerika Syarikat. Beliau
akan membincangkan kaedah pembikinan filem beliau dalam ceramah digambarkan
dengan banyak klip dan lain-lain hasil kerja beliau yang lain. Penyertaan
adalah terbuka kepada orang awam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Henry Leo di talian 082-442000 samb. 330 atau emel henryllk@sarawak.gov.my
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026