EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Meriahkan Hari Penderma Darah Sedunia pada 27 Ogos ini.

Ditulis pada 19 August 2016

Kuching - Bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia yang lazimnya di sambut pada 14 Jun setiap tahun, 
Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak akan mengadakan Hari Penderma 
Darah Sedunia dan Program Kesedaran Virus Zika pada Sabtu, 27 Ogos 2016 bermula jam 8:00 pagi – 11:00 pagi bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. 

Antara aktiviti pengisian yang akan diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan mencipta poster, bengkel ’Youth Blood Donor’, ceramah komuniti mengenai virus zika, pameran, kempen derma darah serta pemeriksaan kesihatan.  

Program seumpama ini diadakan adalah untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada generasi muda dan masyarakat secara keseluruhan tentang kepentingan menderma darah. 

Selain itu, melalui program ini  Pustaka Negeri Sarawak secara langsung dapat mempromosikan koleksi bahan-bahan bacaan serta rujukan yang berkaitan dengan topik sama ada bercetak atau elektronik selaras dengan usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. 

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan program ini disamping mendapat pengetahuan dan maklumat mengenai kesihatan. 

Kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diakses di laman web rasmi dan sosial media Pustaka Negeri Sarawak atau hubungi Muhamad Ali Abdul Wahab di talian 
082-442000 samb. 336 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my.