EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak anjur Aktiviti Musim Cuti Sekolah

Ditulis pada 14 September 2016

Kuching: Pustaka Negeri Sarawak kini sedang menganjurkan Aktiviti Musim Cuti Sekolah bermula semalam sehingga 18 September 2016.
 
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang tempoh tersebut yang pastinya menarik minat kanak-kanak dan para pengunjung yang datang.

Aktiviti akan bermula pada jam 11:00 pagi – 5:00 petang di Bilik Infotek Kanak-kanak dan Makerspace, Pustaka Negeri Sarawak.

Antara aktiviti yang diadakan ialah 3Doodler, Makey Makey, Origami, Kirigami, DIY Tiny Box, 3D Printing, Paper Plate Smiling, Sesi Bercerita dan Tayangan Video.

Penyertaan adalah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti berkenaan, orang ramai dinasihati melayari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak,
www.pustaka-sarawak.com atau media sosial Facebook( pustaka.sarawak ), Twitter dan Instagram ( pustakaswk ). 

Orang ramai juga boleh menghubungi Henry Leo atau Alvaena Valentine ditalian 082-442000 samb 330 untuk pertanyaan lanjut.