EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Sarawak ambil inisiatif tingkat kesedaran Virus Zika

Ditulis pada 20 September 2016

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak mengadakan pameran Kesedaran dan Fakta Virus Zika bermula semalam sehingga 30 September ini di Ruang Rujukan, Aras 1, 
Pustaka Negeri di sini.

Pameran ini merupakan inisiatif Pustaka Negeri susulan jangkitan virus Zika yang mengejutkan dunia termasuk di Malaysia dan Sarawak.

Pameran ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 9 pagi hingga 6 petang (Sabtu dan Ahad).Tutup pada Cuti Umum.

Pameran ini bertujuan meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai Virus Zika sekali gus memberi maklumat pencegahan dan kawalan penyakit tersebut.

Selain itu, pendedahan fakta sebenar mengenai virus tersebut serta implikasinya kepada masyarakat dan risiko penularannya turut dipamerkan bagi memberi
kesedaran kepada orang awam supaya mengambil langkah proaktif bagi mengekang penularan jangkitan Virus Zika.

Orang awam dialu-alukan untuk melawat ke pameran ini dan memberi kerjasama dalam usaha mengawal daripada menularnya jangkitan virus Zika di negara ini.
 
Pertanyaan lanjut mengenai pameran ini boleh hubungi Edison Ricket atau OngSoon Foong di talian 082-442000 atau e-mel librarian@sarawak.gov.my.