EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Jom sertai Pertandingan Hadrah

Ditulis pada 06 October 2016

KUCHING: Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Hadrah bersempena Karnival Sarawakiana 2016.

Pertandingan bermula 15 Oktober ini dengan penganjuran Pertandingan Hadrah Kategori Kanak-Kanak (Peringkat Saringan) pada 8.30 pagi.

Kemudian disusuli dengan Pertandingan Hadrah Kategori Dewasa (Peringkat Saringan ) pada 22 Oktober  (Sabtu), 8.30 pagi.

Manakala peringkat akhir bagi pertandingan ini akan diadakan pada 29 Oktober (Sabtu), 9.00 pagi di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.

Pendaftaran Pertandingan Hadrah ini dibuka kepada orang awam yang berada di kawasan Kuching, Samarahan, Serian, Lundu dan Sematan 
dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) dan dewasa (13 tahun dan ke atas).

Objektif pertandingan adalah untuk memelihara dan mempertahankan seni permainan hadrah supaya sentiasa kekal dan tidak pupus dibawa 
arus kemajuan sains dan teknologi.

Ia juga bagi mencungkil bakat terutamanya di kalangan pelajar dalam bidang kebudayaan khasnya seni permainan hadrah agar sentiasa 
diminati dan dihayati agar tidak akan pupus ditelan zaman.

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ialah 7 Oktober (Jumaat) ini.

Penyertaan adalah percuma namun terhad kepada 20 kumpulan sahaja untuk setiap kategori.

Ingin menyertai pertandingan ini? Dapatkan segera borang dan syarat pendaftaran di laman web rasmi Pustaka www.pustaka-sarawak.com.

Hubungi Izaruddin Moss atau Anita Hamdan di talian 082-442000 samb. 319/263 atau emel izaruddin@sarawak.gov.my / anitah@sarawak.gov.my 
untuk maklumat lanjut.