EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Karnival Sarawakiana 2016

Ditulis pada 06 October 2016

KUCHING: Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak sempena Karnival Sarawakiana 2016 yang akan diadakan sepanjang
bulan Oktoberini bermula 29 hingga 31 Oktober 2016.  

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak ingin mengajak orang awam untuk turut serta dalam program ’Permainan Mensia Marek’ pada Sabtu,
29 Oktober 2016 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang di Dataran Pustaka Negeri Sarawak.

Pada masa kini kita gemar memuat turun permainan secara ’online’ di telefon pintar dan komputer, bermain PlayStation 4, Wii games  
dan macam-macam lagi.

Pernahkah kita terfkir apakah permainan zaman dahulu yang kini semakin dilupakan? Ingin tahu apakah permainan tersebut?

Sehubungan itu, Pustaka Negeri mengajak orang ramai bersama mengenali dengan lebih dekat dan menikmati keriangan bermain
’Permainan   Mensia   Marek’ seperti Rondes, Seremban Cina, Zeropoint, Jengkek dan Buah Saga.Penyertaan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Henry Leo atau Alvaena Valentine di 082-442000 samb.330/342 atau emel henryllk@sarawak.gov.my / 
alvaenav@sarawak.gov.my.