EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka adakan pameran 'Kenali Mata Anda'

Ditulis pada 17 October 2016

KUCHING: Mata merupakan organ yang penting kerana ia berfungsi mengesan rangsangan cahaya dan sekaligus merupakan panca indera utama manusia.

Susulan itu, Pustaka Negeri Sarawak mengambil inisiatif dengan mengadakan pameran bertajuk ‘Kenali Mata Anda’ yang diadakan bermula hari ini 
sehingga 30 Oktober (Ahad) di Ruang Rujukan, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.   

Pameran dibuka kepada orang awam secara percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin - Jumaat) dan 9 pagi hingga 6 petang
(Sabtu & Ahad).Tutup pada Cuti Umum.

Dengan adanya pameran seumpama ini, Pustaka berharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih prihatin untuk menjaga kesihatan mata   
dan memastikan keseluruhan mata berfungsi dengan baik bagi mengelak serta mencegah penyakit yang boleh merosakkan mata.  

Orang ramai dijemput untuk melihat pameran ini di samping mendapat pengetahuan dan maklumat mengenai penjagaan kesihatan mata. 

Untuk maklumat lanjut pameran, hubungi Edison Ricket atau Ong Soon Foong di talian 082-449126 atau emel librarian@sarawak.gov.my.