EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah, pameran dan demonstrasi Keringkam, Gajah Olen, Songket Melayu Sarawak 29-31 Okt

Ditulis pada 24 October 2016

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai sulaman Keringkam, Gajah Olen dan Songket Melayu Sarawak melalui 
ceramah, pameran dan demonstrasi yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawakpada 29 hingga 31 Oktober ini.   

Ceramah dan pameran yang akan berlangsung selama tiga hari itu adalah bersempena dengan Karnival Sarawakiana 2016.

Ceramah bermula jam 9 pagi di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak akan menampilkan Sabri Nor selaku moderator serta beberapa orang penceramah jemputan 
yang berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai keringkam, Gajah Olen dan songket Melayu Sarawak.

Dengan adanya ceramah seumpama ini, Pustaka Negeri Sarawak secara langsung dapat memperkenalkan kepelbagaian jenis tenunan berbenang emas kepada
generasi muda sekaligus memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan memelihara dan memulihara khazanah kesenian dan kebudayaan tempatan.
 
Bagi memberi peluang orang ramai untuk melihat sendiri penghasilan Keringkamdan Songket, sesi demonstrasi menyulam Keringkam dan menenun Songket
Sarawak turut diadakan di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak. 

Disamping itu,turut diadakan juga pameran serta jualan Keringkam dan Songket Melayu Sarawak.

Orang ramai dijemput hadir sepanjang program ini berlangsung bagi menambah pengetahuan dan sekaligus membantu mempromosikan warisan Melayu Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Rozana Octavia atau Aidashermilla Hashim di talian 082-440488 samb. 19/21 atau 
emel rozanoru@sarawak.gov.my / aidasheh@sarawak.gov.my.