EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

"Perpustakaan Dalam Peti"

Ditulis pada 07 November 2016

KUCHING: Projek " Perpustakaan Dalam Peti" akan menjadi pelengkap kepada tele-centre sedia ada bagi menyediakan pengetahuan dan maklumat kepada banyak 
kawasan luar bandar di negeri ini.

Projek yang dilaksaakan melalui kerjasama antara Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yag mewakili Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pustaka Negeri Sarawak akan menyediakan platform bagi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam penggunaaN ICT dalam pelbagai aspek operasi perpustakaan dan 
objektifnya.

Majlis Menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) antara Unimas dan Pustaka Negeri Sarawak telah diadakan di Pustaka di Petra Jaya semalam.

Bercakap pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UNIMAS Prof Dr Kopli Bujang yang menyatakan kerjasama antara UNIMAS dan pihak luar adalah untuk memastikan UNIMAS kekal berhubung dengan keperluan pihak berkepentingan khususnya masyarakat dalam hal kurikulum dan penggunaan kepakaran penyelidikan mereka utuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

"Tidak ada keraguan bahawa ICT memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dan ekonomi serta kehidupan harian kita juga bergantung kepada penggunaan ICT sama ada dirumah atau ditempat kerja. Oleh itu, terdapat potesi yang besar dari segi pasaran produk dan perkhidmatan ICT di peringkat global
dan ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meletakkan lebih penekanan kepada ekonomi pengetahuan," katanya.

Kopli percaya bahawa ICT turut memberi kesan kepada peranan dan fungsi perpustakaan di seluruh dunia da juga di UNIMAS.

"Daripada hanya menjadi sebuah bangunan fizikal yang menyimpan maklumat yang terkandung dalam buku-buku dan dokumen, peranan perpustakaan juga termasuk 
penyebaran sumber digital, persekitaran pembelajaran maya dan sebagainya," katanya.

Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan masih terdapat banyak kawasan yag dikategorikan di bawah kawasan luar bandar da tidak mempunyai akses kepada 
kemudahan asas dan juga kekurangan akses kepada maklumat sama ada dalam format bercetak atau digital.

UNIMAS telah terlibat secara aktif dalam merapatkan jurang digital melalui beberapa inisiatif seperti eBario, Elamai, projek eBakelalan dan sebagainya.

Walaupun sambungan rangkaian da internet telah disediakan di pusat-pusat ini, akses kepada kandungan digital kadang-kadang adalah terhad disebabkan penurunan
kelajuan sambungan atau perkhidmatan terputus beberapa faktor.

Begitu juga, walaupun terdapat juga pusat perpustakaan luar bandar, cabaran yang dihadapi adalah untuk menyimpan koleksi yang dikemas kini dan juga 
isu-isu logistik dan kos untuk membawa bahan yang dicetak untuk kawasan yang terpencil.

"Oleh itu, projek Perpustakaan dalam peti bertujuan untuk menyediakan kandungan luar talian digital seperti wikipedia dan Khan Academy menggunakan
platform mudah alih kos rendah, komputer Raspberry Pi yang akan meyediakan penyelesaian pelengkap kepada telecentre sedia ada dan membawa pengetahuan
dan maklumat kepada banyak kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Datuk Alfred Yap Chin Loi menyebut bahawa majlis menandatangani MoU antara kedua-dua istitusi pasti
akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya masyarakat Sarawak.

"Saya berharap MoU ini akan meningkatkan lagi kerjasama yang sedang berlaku sama ada dalam penggunaan teknologi, pendidikan, latihan atau penyelidikan,"
katanya.