EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Peserta Fun Ride daftar sebagai "Friends of Pustaka"

Ditulis pada 08 November 2016

KUCHING: Seramai 84 peserta sempena Karnival Berambeh Sehati Sejiwa RTM Sarawak 2016 telah mendaftar sebagai Friends of Pustaka baru-baru ini.

Pustaka Negeri Sarawak merupakan perhentian pertama untuk para peserta sebelum memulakan kayuhan ke destinasi seterusnya.

Peserta juga berkesempatan mengadakan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di kawasan persekitaran Pustaka.

Program ini untuk memberi kesedaran kepada peserta dan juga masyarakat mengenai betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar untuk meningkatkan suasana
yang bersih dan kehidupan yang sihat.

Selain merupakan gedung ilmu, pustaka merupakan tempat beriadah dan rekreasi untuk seisi keluarga, justeru adalah perlu ianya dipelihara agar sentiasa 
harmoni dan bersih bagi memberi keselesaan kepada para pengunjungnya.

Turut hadir semasa program penyerahan sampul pendaftaran Friends of Pustaka ialah Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan
Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan.