- Media
- Berita
- PROJEK `AMERICAN CORNER IN A BOX` BANTU RAPATKAN JURANG DIGITAL DI SARAWAK
PROJEK `AMERICAN CORNER IN A BOX` BANTU RAPATKAN JURANG DIGITAL DI SARAWAK
Ditulis pada 17 November 2016
KUCHING, 17 Nov (Bernama) -- Lebih banyak pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar Sarawak akan dihubungkan kepada sumber digital moden melalui projek `American Corner In A Box`.
Projek perintis yang diperkenalkan Pusaka Negeri Sarawak (PNS) itu bertujuan menghubungkan pelajar dan guru di sekolah luar bandar yang selama ini hanya menggunakan kemudahan jalur lebar yang lemah, dengan sumber digital moden.
Kuasa Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur Edgard D. Kagan hari ini menyerahkan sumber digital baharu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Air, kira-kira 40 km dari sini, sekolah yang kedua menjadi sebahagian daripada projek tersebut di Sarawak.
Sekolah pertama yang menyertainya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katibas, Song di bahagian Sibu.
Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan Pustaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli berkata projek itu membekalkan kepada sekolah komputer Raspberry Pi (komputer bersaiz kad kredit yang boleh disambung kepada monitor dan papan kekunci, yang siap dimuatkan dengan pelbagai maklumat).
Beliau berkata sumber yang terapat di dalam rangakaian itu termasuk program pembelajaran bahasa Inggeris, mata pelajaran matematik dan sumber Project Gutenberg.
`Semua sumber ini boleh diakses melalui rangkaian tempatan bagi membolehkan guru melengkapkan pengajaran mereka dan membantu pelajar membina kemahiran masing-masing,` katanya.
Kod asas bagi memasang keeluruhan sistem itu hanya RM200. Pustaka Negeri Sarawak bekerjasama dengan Kedutaan Amerika Syarikat untuk membekalkan peralatan itu kepada lebih banyak sekolah di Sarawak, terutama di luar andar, yang tidak mempunyai hubungan internet.
`Teknologi ini membantukan lebih banyak orang mempunyai akses kepada maklumat dan sekali gus merapatkan jurang digital.` kata Japri
Beliau berkata Pustaka Negeri Sarawak sedang menguruskan perkara terperinci berkaitan akademik kerana ia berhasrat memasukkan sebanyak mungkin bahan maklumat ke dalam peranti berkenaan, yang boleh diakses pelajar melalui komputer notebook untuk digunakan dalam pembelajaran mereka setiap hari.
`Kami telah mengujinya bersama-sama guru serta pelajar dan mendapatinya amat berguna bagi mereka,` kata Japri.
Sementara itu, Kagan yang ditemui di SK Telaga Air hari in memberitahu Bernama bahawa kedutaan itu akan membekalkan lebih banyak peranti tersebut kepada sekolah di Malaysia sekiranya projek berkenaan terbukti berjaya.
`Ini adalah yang kedua di Sarawak dan kami sedang bekerjasama degan Pustaka Negeri Sarawak mengenai projek ini. Saya tidak pasti berapakah jumlah peranti ini yang kami perlukan di Sarawak. Ia akan brgantung kepada prestasinya, sejauh mana peranti ini memberi manfaat dan maklum balas daripada sekolah.
`Ia (peranti berkenaan) masih dalam fasa ujian, matlamat kami ialah untuk meningkakan
hasilnya kerana kami ingin melihat ia benar-benar berguna untuk sekolah dan pelajar.
`Matlamat akhir adalah untuk membina ilmu dan orang rama mendapat manfaat daripadanya,` kata beliau.