Aktiviti penanaman Pokok di Pustaka Negeri Sarawak telah diadakan baru-baru ini sebagai langkah permulaan penanaman pokok tahunan yang diadakan pada setiap suku tahun.
Majlis itu telah dijadikan acara tahunan sejak Pustaka Negeri Sarawak pertama beroperasi 16 tahun lalu iaitu sejak 2000 .
Walaupun acara kali ini telah diadakan di kalangan staf, namun agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarat setempat juga dijemput untuk turut serta.
Program ini bertujuan melibatkan masyarakat setempat menanam sifat kekitaan dan tanggungjawab terhadap perpustakaan dengan menjadikan Pustaka Negeri Sarawak sebuah perpustakaan untuk setiap lapisan masyarakat.
Ia juga merupakan program pengindahan taman melalui penanaman pelbagai spesies asli pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026