Kuching – Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Kempen `1 Fail, 1 Minggu` bagi seluruh agensi kerajaan Negeri Sarawak bermula pada bulan ini.
Kempen ini adalah selaras dengan fungsi Pustaka Negeri Sarawak yang juga merupakan Depositori Negeri Sarawak yang mewajibkan semua agensi kerajaan untuk memindahkan rekod yang bernilai arkib kepada Pustaka Negeri Sarawak.
Kempen ini diadakan sebanyak 3 siri iaitu Siri 1 : Pengenalan Pengurusan Bahan Rekod dan Arkib yang telah diadakan pada 17 Februari lalu manakala, Siri 2 : Praktikal Pemprosesan akan diadakan pada 28 Februari 2017 ini, jam 8:30 pagi di Bilik Pemprosesan, Repositori Rekod Negeri dan Siri 3: Pemindahan Bahan Rekod dan Arkib pada 10 Mac 2017, 8:30 pagi di Bilik Pemprosesan, Repositori Rekod Negeri.
Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada jabatan dan agensi kerajaan tentang kepentingan pengurusan dan pemeliharaan bahan rekod dan arkib. Selain ity, kempen ini menggalakkan pemindahan bahan rekod dan arkib yang sistematik daripada jabatan dan agensi kerajaan kepada rekod dan arkib.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini, bolehlah menghubungi Dayangku Horiah Binti Awang Ghani di talian 082-440488 samb. 20 ( Repositori Rekod Negeri ) atau emel dayanghg@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026