Kuching – Kelab Sukan dan Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak dengan sokongan Persatuan Dart Bahagian Kuching akan menganjurkan 4th KSR Pustaka Double Open Darts Championship 2017 pada 25 hingga 26 Februari 2017 di Galeri Pustaka Negeri Sarawak.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain dart di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan yuran penyertaan RM150 dikenakan untuk setiap pasukan yang mendaftar.
Juara bagi pertandingan ini akan berpeluang memenangi wang tunai RM 2000 beserta trofi manakala tempat kedua membawa pulang wang tunai RM 800 dan juga trofi sementara tempat ketiga dan keempat pula memenangi wang tunai RM 300 beserta trofi.
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang bertanding.
Selain itu ia merupakan salah satu usaha untuk memupuk budaya bersukan dan beriadah di samping mengekalkan kecergasan minda dan tubuh badan yang sihat.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah menghubungi Razak Rambili ( 019-8441048 ) atau Awang Affizan Awang Maulana ( 019-5888900 ).
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026