Perkhemahan Ilmu diadakan setiap tahun oleh Pustaka di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan ilmu dan pengetahuan. Matlamat utama adalah untuk menyemai dalam diri para peserta kanak-kanak dan remaja dengan kasih sayang dan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan serta menjadikan Pustaka sebagai tempat pembelajaran yang menyeronokkan.
Bersama-sama dengan mentor dan jawatankuasa penganjur, mereka telah berkhemah di halaman terbuka Pustaka. Para peserta Perkhemahan Ilmu telah dibahagikan kepada beberapa pasukan dan telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti termasuk sesi suai kenal, kelas kemahiran literasi maklumat, berkebun, sesi motivasi, permainan luaran, sesi bercerita, kem unggun api, malam misteri di perpustakaan, sesi kecergasan dan banyak lagi.
Penutupan program Perkhemahan Ilmu diakhiri dengan pertunjukan bakat oleh semua pasukan dan upacara pemberian hadiah di mana semua peserta menerima sijil dan hamper sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mentor dan fasilitator masing-masing. Ibu bapa dan penjaga mereka dijemput untuk menyaksikan majlis penutupan tersebut. Program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan iaitu Mac 2020.
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 15 May 2024
Legal Deposit Awareness 01/24 24 May 2024
(SIBU) Hari Bersama Pelanggan 25 May 2024