Objektif program ini adalah untuk membantu generasi akan datang untuk bersedia dan mempelajari kemahiran abad ke-21 ini. Kursus yang ditawarkan melibatkan banyak permainan dan aktiviti yang dapat membantu pelajar belajar sambil berseronok.
Ini seterusnya akan meningkatkan prestasi akademik mereka di sekolah, terutamanya dalam bidang matematik dan sains. Bengkel ini akan diadakan secara percuma dan kumpulan sasaran untuk bengkel yang akan datang adalah untuk kanak-kanak berumur 9 - 12 tahun. Mereka perlu membawa komputer riba sendiri dan penyertaan adalah terhad. Bengkel akan bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Infoteque Kanak-Kanak, Pustaka.
Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi 085-422525 atau e-mel Lilian Baun Pulo (lilianbp@sarawak.gov.my) atau Masni Abdullah (masniu@sarawak.gov.my).
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 15 May 2024
Legal Deposit Awareness 01/24 24 May 2024
(SIBU) Hari Bersama Pelanggan 25 May 2024