KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Penanaman Pokok pada Ahad, 7 November 2019 bertempat di Taman, Pustaka Negeri Sarawak (Kuching). Program yang bermula pada jam 4:30 petang ini kelak akan disertai oleh Ahli Lembaga Pengurusan dan Staf Pustaka serta jemputan dikalangan rakan pintar, Friends of Library(FOL), Friends of Archive (FOA) dan Ahli Laman Komuniti Pustaka.
Program Penanaman Pokok merupakan aktiviti tahunan Pustaka dianjurkan untuk memupuk semangan cintakan kehijauan alam sekitar dan mendidik orang awam terutama generasi baharu untuk sentiasa menjaga dan menghargai alam sekitar.
Antara lain, program ini akan dapat memberi nilai estetika dan menceriakan kawasan persekitaran Taman Pustaka serta menyediakan teduhan hijau bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada pelbagai sepsis flora dan fauna.
Program ini juga secara tidak langsung akan mewujudkan rekod yang bukan hanya dalam bentuk kertas tetapi fizikal sebenar untuk generasi akan datang bagi mengenali dan mengetahui bagaimana rupa bentuk, warna daun mahupun warna bunga dan rupa buah pokok yang ditanam.
Penganjuran program seumpama ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan dan semangat kerjasama serta saling membantu sesama warga Pustaka, rakan pintar dan orang awam. 119 batang anak pokok akan ditanam pada hari tersebut, yang terdiri daripada anak pokik Engkabang, Kembang Semangkuk, Pokok Ubah dan Bintangor Putih.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026