Pustaka Negeri Sarawak (Kuching) mengalu-alukan penyertaan orang ramai di dalam Majlis Pelancaran Buku Budaya Ilmu dan Ceramah yang akan diadakan pada hari Ahad, 7 April 2019, pada jam 3 :00 petang bertempat di Galeri™, Pustaka Negeri Sarawak.
Budaya Ilmu : Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, mengupas dengan mendalam konsep budaya ilmu, dengan menyorot sejarah pelbagai bangsa dan tamadun.
YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud merupakan pengasas dan mantan pengarah Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), UTM. Beliau juga ialah TImbalan Pengarah International Institute of Islamic Through and Civilization (ISTAC) sewaktu di bawah pimpinan Tan Sri Prof. Dr. Syed Mohammad Naquib al-Attas.
Buku ini dikarang khusus buat para sarjana, pendidik, ahli politik, mahasiswa, aktivis kemasyarakatan, pentadbir, professional dan ibu bapa yang prihatin akan daya usaha menghapuskan kejahilan, pembangunan makna diri bangsa dan tamadun berteraskan keilmuan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Siti Khairunnisa Rosli / Nur Xyailhin Jamel di talian 082-442000 (sambungan 223 / 221) atau emel ke sitikr@sarawak.gov.my / nurxj@sarawak.gov.my.
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2024 23 Apr 2024
MEDIA APPRECIATION IN CONJUNCTION WITH RAMAH TAMAH AIDILFITRI 23 Apr 2024
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024