KUCHING: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak akan menganjurkan ceramah awam bertajuk, Learning for History" pada Sabtu ini, 22 Jun jam 9 pagi di Perpustakaan Negeri, di sini.
Menurut kenyataan media persatuan tersebut, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu Profesor Madya Bilcher Bala dijangka hadir menyampaikan ceramah pada majlis itu nanti.
Antara tujuan utama majlis ialah memberi pendedahan dan pengetahuan penting apa dan mengapa kita perlu belajar dan memahami sejarah.
Sebagai salah satu subjek yang diajar di sekolah, pelajar diajar bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan semata-mata, tetapi lebih kepada memahami dan mempelajari peristiwa bersejarah.
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar mengambil langkah memahami peristiwa bersejarah yang berlaku di negara kita.
Sehubungan itu, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak bercadang menjemput beberapa sekolah di sekitar Kuching serta beberapa persatuan untuk menghadiri ceramah tersebut.
Selain itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam ceramah tersebut.
Maklumat dan pertanyaan sila hubungi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak Dr Loji Roji Saibi menerusi talian, 013-8081110 atau e-mel kepada r.saibi@yahoo.com.
(SIBU) Sarawakiana Exhibition: Sarawak Through Calligrafitti 03 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 06 May 2024
(MIRI)UNVEILING THE POTENTIAL OF AQUATIC WEEDS FOR SUSTAINABLE ENERGY AND PRODUCTS 18 May 2024
(MIRI) PYE: Torn Paper Turtle Craft (SDG) 18 May 2024
Grow Digital : Canva Untuk Semua 18 May 2024