KUCHING, 25 September 2019 – Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan dua Ceramah Sarawakiana bersempena Sambutan Karnival Sarawakiana, Pustaka Negeri Sarawak pada 4 Oktober 2019 bertempat di Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak (Kuching).
Pada sebelah pagi akan diadakan ceramah bertajuk The Art of Ancient Grave Makers of the Jatti Miriek in Miri, Sarawak. Ceramah ini akan bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi dan akan disampaikan oleh YBrs. Assoc. Prof. Dr. Yakup Mohd. Rafee, dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Ceramah ini berkisar sekitar penemuan penyelidikan beliau di Miri.
Menariknya ceramah kedua yang akan diadakan pada jam 2:30 petang bertajuk Jerunei, akan mendedahkan peserta kepada ritual pengebumian golongan bangsawan Melanau. Jerunei atau tugu yang diperbuat daripada kayu belian, dipacak untuk menempatkan mayat. Ceramah Jerunei akan disampaikan oleh Encik John Ling dan Encik Eric Michael Toyad dari Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS).
Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada orang awam. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Aidashermilla Hashim atau Zainal Ali di talian 082-440488 atau emel ke aidasheh@sarawak.gov.my / zainala@sarawak.gov.my.
Karnival Sarawakiana kali ini bertemakan Seni Ukiran dan Arca Sarawak akan diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh Bahagian Sarawakiana yang telah disusun atur untuk tujuan sepanjang sambutan ini.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025