Bagi menyemarakkan sambutan Karnival Sarawakiana yang akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 6 Oktober 2019, Pustaka Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai pertandingan mereka poster bergambar yang disertai dengan penerangan/dialog yang menggunakan dialek klasik Sarawak. Penyertaan adalah TERBUKA dan PERCUMA.
Penganjuran program ini merupakan satu usaha dalam memperkasakan dan memperkayakan generasi kini dengan perkataan dan dialek klasik Sarawak.
Poster penyertaan hendaklah dihantar bermula pada 1 hingga 30 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Izaruddin Moss di talian 082-440488 atau emel ke izaruddin@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026