KUCHING, 25 September 2019 – Pustaka Negeri Sarawak dalam penganjuran Karnival Sarawakiana 2019 telah menyusun pelbagai aktiviti dan program untuk orang ramai bermula dari 4 hingga 6 Oktober 2019.
Antara aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Sarawak dalam Sejarah. Ceramah ini akan disampaikan oleh beberapa orang tokoh akademik dari pelabgai institusi pendidikan tempatan.
Dr. Suffian Mansor, pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), merupakan antara penceramah pada hari tersbut. Beliau akan mengulas lanjut topik yang bertajuk Pembinaan Sarawk Moden antara Bendera dan Bedil.
Topik Kolonalisme dan Kesedaran Awal Politik Moden Penduduk Sarawak pula akan disampaikan oleh Dr. Nordi Achi dari Universiti Malaysia Sabah. Turut diketengahkan pada hari tersebut kelak ialah topiik yang bertajuk Isu Sempadan Bahgian Ke Lima, Sarawak oleh Habid’s Buhigiba bin Mohamad Bustaman dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang).
Topik bertajuk Faktor Kempimpinan dan Gender di Kalangan Wanita di Sarawak (1940 - 2019) pula akan disampaikan oleh Dr. Nadrawina Isnin dari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan).
Bermula pada jam 8:30 pagi, ceramah ini akan diadakan di Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. Ceramah ini akan dikendalikan oleh moderator Rudi Affendi.
Penyertaan adalah TERBUKA dan PERCUMA. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Izaruddin Moss / Jassalini Jamain di talian 082-440488 atau emel ke izaruddin@sarawak.gov.my / jassalij@sarawak.gov.my.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026