KUCHING, 25 September 2019 – Sempena Karnival Sarawakiana 2019, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Program Permainan Mensia Marek pada 6 Oktober 2019, bermula jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi, bertempat di Dataran Pustaka, Pustaka Negeri Sarawak (Kuching).
Antara permainan tradisional yang akan diketengahkan kelak ialah gasing, congkak, seremban, Dam Haji dan sumpit. Penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan permainan tradisional dan memberi pengalman baharu khususnya kepada generasi muda.
Program ini juga diharap mampu memupuk semangat cinta dan kesedaran dalam memelihara warisan kita. Orang ramai adalah dijemput hadir dan penyertaan adalah PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Herrie Suliano Mohamad di talian 082-440488 atau emel ke herriesm@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026