KUCHING, 25 September 2019 – Bagi menyermarakkan sambutan Karnival Sarawakiana yang berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2019, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Demonstratsi Masakan Tradisional Sarawak.
Program ini akan diadakan pada 5 Oktober 2019, dari 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, bertempat di Dataran Pustaka, Pustaka Negeri Sarawak (Kuching).
Pada hari itu kelak, Chef Jespa Langki dan Chef Sebastian Ali, dari Kuching Skills Collage akan mempersembahkan demonstrasi masakan tradisional seperti Upa Lalis Tunu Ikan Bilis, Assem Pangge, Gulai Asam Ikan Belimbing Tunjuk, Kukus Ikan Lempis, Leluwai dan Tumpi Bandung Dayak.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan kepelbagaian juadah tradisional etnik Sararawak. Program ini juga diharap dapat membantu dalam memberi ide-ide baru dalam dunia masakan tradisional.
Penyertaan adalah TERBUKA kepada orang ramai dan PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nadzrah Mohd Othman di talian 082-440488 atau emel ke nadzramo@sarawak.gov.my .
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026