EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kunjungan Hormat daripada Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam

Ditulis pada 13 February 2020

Khamis, 13 Februari 2020 - Pustaka Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara dua Negara selain berkongsi dan bertukar pendapat tentang perkhidmatan perpustakaan masing-masing. Seramai 15 orang pustakawan dari Persatuan Perpustakaan Negara Brunei ini kagum dengan educational tools yang terdapat di Makerspace kerana mereka berpendapat bahawa ianya adalah bersesuaian dengan peredaran zaman. Selain itu, rombongan turut melawat Bahagian Rujukan, Koleksi Khas dan Sudut Infotek Kanak-Kanak.

Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat @ 082-4420000.

Gambar dipautan seperti berikut:-

https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/photos/pcb.10157193275226267/10157193240006267/?type=3&theater