Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching pada 29 Februari 2020.
Dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah daripada Hospital Umum Sarawak kami telah mengadakan Program Jom Derma Darah yang terbuka kepada orang awam bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di Lobi, Pustaka Negeri Sarawak.
Suhubungan dengan itu, pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang turut diadakan antaranya adalah Zumba, ‘Book Selection’, Movie Screening: Toy Story 4, Ceramah Ancaman Keganasan Semasa, Bengkel Seni Sulam Cabut, Konsert Beatspace Buskers, Keahlian Pustaka Negeri Sarawak Percuma dan banyak lagi. Kemasukkan adalah PERCUMA.
Gambar program boleh diakses melalui akaun Facebook kami Facebook (pustaka.sarawak) dan Instagram (pustakaswk). Terima kasih.
Ceramah Sarawakiana: Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak 30 Apr 2024
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Book Talk With The Author: Andaleeb Wajid 04 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024