Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menderma darah dan memberi kesedaran tentang pentingnya derma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain. Penderma darah yang berjaya akan diberi kudapan serta hadiah sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka. Aktiviti-aktiviti yang menarik juga disediakan sempena kempen tersebut seperti pembukaan kaunter pendaftaran yang hendak mendaftar sebagai ahli Pustaka serta jualan buku-buku terbitan Pustaka dengan harga jualan yang amat berpatutan. Setiap pendaftaran ahli Pustaka pada hari tersebut akan menerima hadiah-hadiah menarik. Oleh itu, datanglah beramai-ramai pada hari tersebut dan rebutlah peluang yang disediakan ini. Penderma darah yang baru dan tetap amat dialu-alukan dan dijemput untuk menyertai kempen ini.
(SIBU) Sarawakiana Exhibition: Sarawak Through Calligrafitti 03 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 06 May 2024
(MIRI)UNVEILING THE POTENTIAL OF AQUATIC WEEDS FOR SUSTAINABLE ENERGY AND PRODUCTS 18 May 2024
(MIRI) PYE: Torn Paper Turtle Craft (SDG) 18 May 2024
Grow Digital : Canva Untuk Semua 18 May 2024