14 April 2020, KUCHING - Seperti sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermakna Malaysia kini memasuki fasa ketiga di bawah arahan tersebut.
Antara tujuan Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga ini dilanjutkan adalah untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19.
Selaras dengan tujuan tersebut, Pustaka Negeri Sarawak dan MiLUS Miniatures telah mengambil inisiatif untuk menyumbang face shield kepada petugas barisan hadapan di Normah Medical Specialist Centre sebagai perlindungan kepada mereka semasa menjalankan tugas.
Untuk makluman juga, pihak kami telah menggunakan tiga unit 3D printer sumbangan Kedutaan Amerika Syarikat di bawah program American Corner Sarawak dan Printer buatan tempatan dari Proteus.
Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19 daripada terus menular dengan #dudukrumah dan kasihanilah petugas barisan hadapan kita.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026