EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJURKAN TIGA PERTANDINGAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK 2020 YANG BERTEMAKAN SARAWAK CEMERLANG

Ditulis pada 25 July 2020

25 Julai 2020, KUCHING – Umum mengetahui bahawa Hari Sarawak disambut pada 22 Julai setiap tahun. Bersempena dengan Sambutan Hari Sarawak 2020, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan beberapa pertandingan yang terbuka kepada orang awam secara PERCUMA. Berikut adalah pertandingan yang akan dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak:-

1. Pertandingan Video Singkat (Telefon Pintar/Smart Phone) Sarawak Cemerlang 2020

Orang awam adalah dijemput untuk meyertai kami dan serlahkan kreativiti serta aspirasi Sarawak Cemerlang iaitu kecemerlangan negeri Sarawak dalam pelbagai bidang khususnya diperingkat negara ataupun antarabangsa menerusi penyediaan video singkat mereka.

Peserta dikehendaki menyediakan satu video singkat yang menjurus kepada satu bidang yang di minati. Misalnya dalam bidang pendidikan, sukan, “gaming”, seni dan sebagainya.

Tarikh pertandingan adalah bermula pada 30 Julai 2020 hingga 23 Ogos 2020.

Penyertaan adalah PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin atau beralamat di Sarawak sahaja. Sila baca terma dan syarat di dalam borang pendaftaran pada pautan https://www.pustaka-sarawak.com/document_uploaded/ 1595472089.pdf

Pelbagai hadiah menarik yang menanti para peserta:-
Hadiah Utama : Mac Book Air 13 inci
Hadiah Pertama : RM 500 x 5
Hadiah Kedua : RM 400 x 5
Hadiah Ketiga : RM 300 x 5
Hadiah Keempat : RM 200 x 5
Hadiah Sagu hati : RM 100 x 5

Subungan itu, Borang Penyertaan Pertandingan boleh didapati di https://www.pustaka-sarawak.com/document_upl…/1595554475.pdf dan hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur dalam format MP4/AVI (video format) ke email videosingkatpustakanegeri2020@gmail.com selewat-lewatnya pada Ahad, 23 Ogos 2020

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami di statedepository@sarawak.gov.my atau telefon 082-440488.

2. Pertandingan Sketches Hari Sarawak Bertemakan Sarawak Cemerlang

Pertandingan yang kedua adalah Pertandingan Sketches Hari Sarawak Bertemakan Sarawak Cemerlang.

Orang awam adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Sketches Hari Sarawak yang bertemakan Sarawak Cemerlang. Hasil karya yang diciptakan haruslah mengenai kecemerlangan negeri Sarawak dalam pelbagai bidang khususnya diperingkat negara ataupun antarabangsa bermula yang akan bermula pada 26 Julai 2020 – 23 Ogos 2020.

Penyertaan adalah PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin atau beralamat di Sarawak sahaja.

Pelbagai hadiah menarik yang menanti para peserta:-
Hadiah Utama : Huawei MediaPad M3 Lite 8
Hadiah Pertama : RM 500 x 5
Hadiah Kedua : RM 400 x 5
Hadiah Ketiga : RM 300 x 5
Hadiah Keempat : RM 200 x 5
Hadiah Sagu hati : RM 100 x 5

Sehubungan itu, Borang penyertaan boleh didapati di alamat : https://www.pustaka-sarawak.com/download_get.php?id=727 dan dikembalikan semula kepada pihak kami berserta rekaan yang ingin dipertandingkan selewat-lewatnya pada Ahad, 23 Ogos 2020 melalui e-mel ke statedepository@sarawak.gov.my atau serahan tangan terus ke :

U/P: Komiti Pertandingan Sketches Sempena Sambutan Hari Sarawak 2020
Repositori Rekod Negeri
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,
93050, Kuching, Sarawak.
Tel: 082-440 488 Faks: 082-440 484

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami di statedepository@sarawak.gov.my atau telefon 082-440488.

3. Pertandingan Penulisan Penyelidikan Sejarah

Pertandingan yang terakhir adalah pertandingan Penulisan Penyelidikan Sejarah.

Orang awam adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Penulisan Penyelidikan Sejarah di mana penulisan yang dihasilkan oleh peserta haruslah mengenai penyelidikan sejarah negeri Sarawak.

Pertandingan ini akan bermula pada 1 Ogos 2020 – 31 Ogos 2020.

Orang awam yang berminat adalah dipohon untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai pertandingan Penulisan Penyelidikan Sejarah ini di laman web Pustaka Negeri Sarawak dan sosial media kami.

Sehubungan itu, pelbagai hadiah menarik menanti para peserta iaitu:-
Hadiah Utama (Grand Prize): Huawei Matebook 13 Touch Screen
Hadiah Pertama = RM500 x 2 orang
Hadiah Kedua = RM400 x 2 orang
Hadiah Ketiga = RM300 x 2 orang
Hadiah Keempat = RM200 x 2 orang
Hadiah Sagu hati = RM100 x 20

Penyertaan adalah PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin atau beralamat di Sarawak sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Cik Nur Amanina Matani (01114008208) dan Cik Nur Faziella Syazmeen Hasli (013-3829169).