11 September 2020, SIBU - Sedang berlangsung adalah Bengkel Training of Trainers untuk Projek Digital Community Centre (DCC) bertempat di RH Hotel, Sibu. Program ini akan diadakan selama tiga (3) hari iaitu bermula hari ini hingga 13 September 2020.
Bengkel ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk memanfaatkan ekonomi digital dan Pustaka Negeri Sarawak telah diberi tanggungjawab ke atas 42 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre dan akan berperanan sebagai pusat latihan berkaitan digital yang akan memberikan pendedahan penduduk kampung kepada dunia luar.
Antara 20 buah perpustakaan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2020 kelak.
Objektif projek ini adalah seperti berikut:-
i. Menyediakan platform perkhidmatan dan sokongan ICT
ii. Memperkasakan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat
iii. Menawarkan pembangunan bekalan kepada pengusaha tempatan
iv. Mempertingkatkan kesedaran dan ketersediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadapan
(SIBU) Sarawakiana Exhibition: Sarawak Through Calligrafitti 03 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 06 May 2024
(MIRI)UNVEILING THE POTENTIAL OF AQUATIC WEEDS FOR SUSTAINABLE ENERGY AND PRODUCTS 18 May 2024
(MIRI) PYE: Torn Paper Turtle Craft (SDG) 18 May 2024
Grow Digital : Canva Untuk Semua 18 May 2024