8 Oktober 2020, KUCHING – YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah secara simboliknya merasmikan 42 Pusat Komuniti Digital semalam secara virtual bersempena dengan International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang berlangsung pada 7-8 Oktober 2020 bertempat di Borneo Convenction Centre Kuching (BCCK).
Dalam masa yang sama, beberapa orang Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) turut menjayakan upacara perasmian tersebut secara fizikal di Pusat Komuniti Digital di kawasan ADUN masing-masing semalam.
Untuk makluman, Pustaka Negeri Sarawak telah menyambut hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk memanfaatkan ekonomi digital dan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 Pusat Komuniti di bawah projek Pusat Komuniti Digital dengan dilengkapkan dengan kemudahan seperti berikut:
i. perkhidmatan Internet jalur lebar
ii. peralatan komputer riba dan tablet
iii. peralatan sidang video digital
iv. peralatan makerspace termasuk pencetak 3D, pen 3D dan komputer mikro
v. koleksi buku dan maklumat digital dalam talian
Pusat Komuniti Digital ini akan diuruskan oleh dua (2) orang kakitangan di bawah seliaan Pustaka Negeri Sarawak dan juga Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pusat Komuniti Digital yang dilaksanakan pada tahun ini merupakan projek perintis dan perancangan seterusnya tertakluk kepada hasil kajian daripada keberkesanan projek perintis ini nanti.
Matlamat utama projek Pusat Komuniti Digital ini adalah untuk memperkasa kemahiran dan keupayaan bakat komuniti yang lestari agar tidak ketinggalan dalam arus perdana transformasi ekonomi digital negeri Sarawak.
Pusat Komuniti Digital ini dijangka akan mampu membina komuniti digital lestari yang mampu beroperasi secara kendiri. Projek ini juga akan diangkat bagi dipertimbangkan sebagai projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-12 supaya lebih banyak masyarakat Sarawak yang akan mendapat manfaat daripadanya.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026