EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Sidang Media Program Reading Seeds Peringkat Kebangsaan Oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

Ditulis pada 13 October 2020

Sidang Media Program Reading Seeds Peringkat Kebangsaan Oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah diadakan pada 11 Oktober 2020 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, jam 11 pagi.

Program Reading Seeds merupakan program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula dari peringkat bayi 0 -3 tahun dan turut melibatkan peranan ini bapa dalam memupuk budaya membaca. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Born To Read yang telah dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak bermula pada tahun 2003. Program ini telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bersama rakan strategik Pustaka Negeri Sarawak, dengan Kerjasama Perpustakaan Awam Negeri dan Komuniti Sihat Pembina Negara.Program ini telah dilancarkan pada 04 Oktober 2019 oleh YB Tuan Muhammad Baktiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancingan, Seni dan Budaya. Pada tahun 2019 - 2020, projek rintis Program Reading Seeds ini telah dillaksanakan di 7 buah negeri seperti berikut:

1. Pulau Pinang
2. Perak
3. Selangor
4. Negeri Sembilan
5. Melaka
6. Terengganu
7. Pahang

Menerusi program Reading Seeds ini, para ibu bapa yang mengikuti Program Reading Seeds ini akan berpeluang untuk memiliki kit Reading Seeds yang merangkumi buku dan bahan bacaan, bahan-bahan Pendidikan dan pembelajaran awal bayi serta carta perkembangan bayi.

Program ini juga merupakan anatara program utama Perpustakaan Negara Malaysia yang dirancang bawah Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020 – 2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca serta melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia.

e-PEMBELAJARAN READING SEEDS
Sejajar dengan inisiatif Digital Ekonomi Sarawak, program Reading Seeds kini boleh diikuti secara e-Pembelajaran Program Reading Seeds kini boleh diakses serta diikuti melalui platform OpenLearning di https://www.openlearning.com/pustakasarawak/courses/reading-seeds/HomePage/
Peserta yang selesai menyertai kesemua modul activiti ePembelajaran Reading Seeds akan menerima eSijil. Kit Reading Seeds boleh dituntut dengan mengemukakan e-Sijil serta buku rekod kesihatan bayi di Pustaka Negeri Sarawak (Kuching, Sibu dan Miri), 42 pusat Digital Komuniti serta 38 Perpustakaan Desa di bawah bidang kuasa Perpustakaan Negara Malaysia.

PERANCANGAN 5 TAHUN PROGRAM READING SEEDS (2021 – 2025)
Bagi perancangan lima tahun Reading Seeds iaitu 2021 – 2025, Pustaka Negeri Sarawak mensasarkan 45,000 bayi menerima kit Reading Seeds di seluruh negeri Sarawak. Untuk mencapai sasaran ini, adalah penting bagi Pustaka Negeri Sarawak untuk berkolaborasi dengan beberapa Kementerian dan Jabatan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, agar impaknya lebih besar dan bersifat statewide dan nasional. Di samping itu juga setiap Kementerian mempunyai peranan masing-masing dalam pelaksanaan program ini iaitu :

a) Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Khidmat Jururawat di Klinik-klinik Kesihatan dan hospital-hospital Kerajaan yang akan berurusan dengan para ibu dan bayi serta membantu mengagihkan kit Reading Seeds serta memantau perkembangan bayi/anak-anak dengan menggunakan Kit Reading Seeds;

b) Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Sarawak.
Program kolaborasi pemberian insentif Endowment Fund Sarawak (EFS) Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Kleuarga dan Pembangunan Kanak-Kanak bagi setiap bayi yang bari lahir (anak Sarawak) agar mereka juga dibekalkan kit Reading Seeds sekali.

Untuk keterangan lanjut mengenai program Reading Seeds ini, para ibu bapa boleh hubungi Encik Edison Ricket (Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Pustaka Negeri Srawak) di talian 082-442000 atau emel librarian@sarawak.gov.my