EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tahniah! Peserta Sesi Pertama yang Telah Melengkapi Modul e-Pembelajaran Reading Seeds

Ditulis pada 25 October 2020

24 Oktober 2020, Kuching – Tahniah diucapkan kepada peserta sesi pertama iaitu Puan Phyllis Thiang yang telah berjaya melengkapi kesemua modul e-pembelajaran Reading Seeds dan membawa pulang Kit Reading Seeds di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching semalam.

Untuk makluman, Program Reading Seeds merupakan program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula dari peringkat bayi 0-3 tahun dan turut melibatkan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca. Ibu bapa yang telah mengikuti Program Reading Seeds ini akan memiliki kit Reading Seeds yang merangkumi buku dan bahan bacaan, bahan-bahan pendidikan dan pembelajaran awal bayi serta carta perkembangan bayi.

Oleh itu, ibu/bapa adalah dijemput untuk menyertai e-pembelajaran Reading seeds secara PERCUMA di alamat https://www.openlearning.com/pustakasarawak/…/reading-seeds.

Sehubungan itu, kepada ibu/bapa yang telah berjaya melengkapkan kesemua modul aktiviti Reading Seeds, mereka akan menerima e-Sijil dan Kit Reading Seeds yang boleh dituntut di Pustaka Negeri Sarawak dan kesemua kampus. Sila bawa bersama e-Sijil dan Buku Rekod Kesihatan Bayi untuk membuat tuntutan tersebut.

Syarat penyertaan adalah terbuka kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai bayi/anak yang berumur 3 tahun ke bawah yang dilahirkan di hospital/klinik kesihatan kerajaan di Sarawak.