EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Anjur Kursus Modul Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca Reading Seeds Dan Menerima Kit Reading Seeds Percuma!

Ditulis pada 23 February 2021

Pustaka Negeri Sarawak, Kuching – Pustaka Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak anda dari kecil tanpa menjalani sebarang ujian dengan menganjur Kursus Modul Ibu Bapa sebagai Rakan Membaca Reading Seeds secara PERCUMA.

Sehubungan itu, Ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak berumur 0-3 tahun juga akan mendapat Reading Seeds Kit secara PERCUMA setelah melengkapkan keseluruhan modul di dalam kursus tersebut.

Caranya mudah sahaja:

1. Daftar dan lengkapkan kesemua modul pembelajaran secara atas talian di https://www.openlearning.com/pusta.../courses/reading-seeds/

2. Setelah lengkap kesemua modul, sila cetak sijil penyertaan dan bawa sijil tersebut berserta buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak anda untuk tuntutan Kit Reading Seeds.

Kit Reading Seeds ini boleh dituntut di lokasi seperti berikut:
• Pustaka Negeri Sarawak, Kuching
• Pustaka Negeri Sarawak, Sibu
• Pustaka Negeri Sarawak, Miri
• 20 buah buah Digital Community Centre (DCC) di Sarawak
• 47 buah Perpustakaan Awam (MLGH)
• 38 buah Perpustakaan Desa di bawah bidang kuasa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami, Encik Edison Ricket di talian 082-442000 atau melalui email edisonr@sarawak.gov.my.