Pustaka Negeri Sarawak, Kuching : Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun merupakan tarikh bersejarah dan amat bermakna kepada kita khasnya di Bumi Kenyalang yang bertuah ini. Justeru, Pustaka Negeri Sarawak menjemput anda semua untuk menyertai salah satu program secara dalam talian yang telah dirancang iaitu Forum Hari Sarawak: Sambutan Hari Sarawak, “Sarawak Gemilang untuk Semua” yang akan disiarkan di media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Facebook (pustaka.sarawak) dan saluran YouTube (pustakasarawak) pada:
Tarikh: 22 Julai 2021, Khamis
Masa: 2:30 petang
Moderator : Tuan Haji Japri Bujang
Ahli panel :
1. Dr. Bilcher Bala (Pensyarah, Universiti Malaysia Sabah)
2. Dr. Ong Liap Teck (Pensyarah, Swinburne University of Technology)
3. Dr. Nadrawina Isnin (Pensyarah, Universiti Teknologi Mara, UiTM)
4. Encik Amir Zuhaily Zaidan (Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara, UiTM)
Justeru, anda adalah dijemput untuk menyertai forum tersebut dan penyertaan adalah PERCUMA. Anda boleh mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1626417184 atau imbas pada Kod QR di poster.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi kami di Sektor Perkhidmatan Depositori, Pustaka Negeri Sarawak di talian 082-440488, menerusi e-mail statedepository@sarawak.gov.my atau Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus menerusi emel cmasyima@sarawak.gov.my
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024
Legal Deposit Awareness 01/24 24 May 2024
Hari Bersama Pelanggan (SIBU) 25 May 2024