EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Demonstrasi Masakan Tradisional Etnik Sarawak

Ditulis pada 09 September 2021

KUCHING, 9 September 2021: Pada kali ini program Demonstrasi Masakan Tradisional Etnik Sarawak akan menampilkan menu masakan tradisional etnik Sarawak yang berasaskan daun bersempena dengan tema Festival Sarawakiana 2021.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan keunikan masakan di Sarawak yang menggunakan variasi daun yang terkenal dan mudah di dapati di Sarawak.

Pustaka Negeri Sarawak akan berkolaborasi untuk kali kedua bersama Chef dari Kolej Kemahiran Kuching iaitu Encik Jespa anak Langki dan Encik Sebastian Ali anak Jaman. Mereka telah dijemput khas sebagai tenaga pengajar senior yang telah lama berkhidmat di Kolej Kemahiran Kuching.

Kedua-dua Chef ini adalah anak jati Sarawak dan telah banyak menerima undangan dan jemputan bagi mengendalikan sesi latihan masakan dan juga sebagai juri pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi korporat dan swasta.

Antara menu masakan tradisional yang terkenal di Sarawak yang akan ditampilkan adalah botok ikan tenggiri, kerabu ulam serta pencuci mulut yang terkenal di Sarawak iaitu pais bandong, kuih bongkol, kuih takir dan minuman herba yang berasaskan daun.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton program tersebut pada:

Tarikh :11 September 2021, Sabtu
Masa : 11.00 pagi
Saluran : YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel aidasheh@sarawak.gov.my (Puan Aidashermilla Hashim) atau nadzramo@sarawak.gov.my (Puan Nadzrah Mohd Othman)